Pages

Tuesday, October 20, 2009

UNTAIAN SEPTEMBER 2009



BUBUR LAMBUK OLEH PERWAKAS


Sepanjang bulan Ramadan Perwakas bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada warga kastam /TLDM yang menduduki kg. kastam Kuah.berbuka puasa. Sumber kewangan untuk membuat bubur lambuk diperolehi dari sumbangan warga Perwakas dan tabung surau Kuah.




KULIAH AGAMA / USTAZ HAFIZ BIN MUSTAPA


Seperti biasa setiap bulan kuliah agama diadakan. Pada bulan in kuliah agama diadakan pada 13/09/2009 bertempai di Dewan Setia dan di hadiri semua warga KDRM, TLDM, MARIRIM dan Langkawi Port. Penceramah adalah Ustaz Hafiz b. Mustafa Naib Yg. DiPertua ABIM Kedah. Tajuk yang disampaikan adalah mengenai kelebihan Puasa, Malam Lailatul Qadar dan Puasa Sunat Enam.




SOLAT TERAWIH


Sepanjang bulan Ramadan surau kg. kastam Kuah dan kg. kastam Batu Asah mengundang ustaz dari luar iaitu al hafiz di Langkawi untuk mengetuai solat terawih. Peruntukan sebanyak RM1,000.00 setiap surau oleh tabung Mes/Perwakas telah diagihkan untuk diberi saguhati kepada al-hafiz tersebut.



MORE SURAU KG. KASTAM KUAH & KG. KASTAM BT. ASAH


Menjadi kebiasaan apabila bulan ramadhan tiba AJK kedua-dua surau iaitu kg. kastam Kuah dan kg. kastam Batu Asah akan menyediakan jadual (senarai nama-nama) penghuni untuk menyediakan juadah more. Semua warga KDRM dan TLDM yang menghuni kg. kastam tidak terkecuali.




KESESAKAN SEMASA KEPULANGAN BERHARI RAYA


Sempena cuti perayaan yang panjang iaitu Hari Raya Aidil Fitri kesesakan sering berlaku terutama di cawangan Import Eaksport Tg. Lembung dimana banyak kenderaan dibawa keluar dengan kargo dari Langkawi untuk bercuti menyambut Hari Raya. Dianggarkan hampir 1,100 buah kenderaan berdaftar di Langkawi (KV) dibawa keluar dari Langkawi bermula 14 – 18/09/09 dimana minggu terakhir untuk kedatangan Syawal.


Manakala di bahagian cawangan pemeriksaan Penumpang Jeti Kuah dianggarkan hampir 15,000 orang keluar dari Langkawi dari 17 hingga 19/10/09 yang mana kebanyakan mereka adalah untuk pulang berhari raya di Tanah Besar.


Namun begitu sebaliknya, semasa cuti perayaan tersebut ramai pelancung datang ke Langkawi dan mengikut bancian yang dibuat dianggarkan hampir 27,000.00 orang datang melancong ke Langkawi.