Pages

Thursday, April 29, 2010

UNTAIAN KATA JKDM LANGKAWI SESI JAN / FEB 2010


UNTAIAN KATA JKDM LANGKAWI
SESI JAN / FEB 2010




UCAPAN KETUA EDITOR




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga JKDM Langkawi.


Syukur Alhamdulillah, Tahun 2009 melabuhkan tirainya dan era tahun 2010 bermula. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JKDM Langkawi yang telah menyumbangkan idea dan pendapat serta kerjasama dalam menjayakan Untaian Kata selama ini. Saya berharap kerjasama warga JKDM Langkawi dalam melaporkan segala aktiviti dan program setiap cawangan akan dapat dimanfaatkan oleh warga kastam. Sejuta tahniah diucapkan kepada pasukan KMK Langkawi (LANG 8) yang telah mengharumkan nama JKDM Kedah bagi tahun 2009 setelah berjaya menjadi Naib Johan KMK Bahagian Teknikal Peringkat Kebangsaan walaupun baru setahun ditubuhkan.


Sebagai warga JKDM juga kita pasti berbangga kerana JKDM berjaya menyumbang sebanyak 25.9 bilion kutipan hasil bagi tahun 2009. Walaupun tidak mencapai sasaran sebanyak RM 28 bilion. Manakala JKDM Kedah menyumbang sebanyak RM 674,192,992.69 berbanding tahun 2008 sebanyak RM 426,467,593.30 melebihi sasaran. JKDM Langkawi menyumbang sebanyak RM 11,476,321.61 dimana hasil kutipan diperolehi melalui Duti Eksais, Duti Import, Duti Penumpang dan Cukai Jualan Import. (Kenderaan KV, Petroleum, Rokok/Cigar dan lain-lain). JKDM Langkawi memberi kemudahan kepada pelancong yang datang ke Langkawi. Di bawah Butiran 19, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 pelancong layak menuntut pengecualian Duti Kastam dengan memenuhi syarat iaitu tinggal di Langkawi melebihi 48 jam.


Diakhir kata, Untaian Kata 2010 berwajah baru dan semangat baru, ingin merealisasikan Jabatan Kastam Sentiasa di puncak. Pungutan Hasil dipertingkatkan dan Penyeludupan di Banteras.


Daripada :


Pn. Rukimah Bt. Ismail,

Pegawai Kastam Kanan W22,

JKDM Langkawi.





CUBAAN MENYELUDUP ROKOK BERNILAI 1/2 JUTA RINGGIT

LOKASI : DERMAGA TANJUNG LEMBUNG



Kastam Cawangan Import & Eksport Tg. Lembung berjaya mematahkan cubaan menyeludup Rokok Putih pelbagai jenama sebanyak 170 kotak bernilai RM110,500.00 di dalam lori di tempat pemeriksaan kargo. Cukai rokok dianggarkan berjumlah RM796,280.00.


Semasa pemeriksaan rutin dilakukan pada 16 Jan 2010 keatas lori oleh PiKK (KUP) Loh Thiam Choy di Bahagian Pemeriksaan Kargo, pemandu lori mengikrarkan muatan yang dibawa adalah barang pindah. Ketika pemeriksaan dilakukan keatas barang-barang pindah tersebut oleh pegawai kastam yang bertugas, sejumlah kotak rokok dijumpai tersembunyi di dalam almari pakaian.


Kes dilaporkan kepada Bahagian Pencegahan Langkawi untuk diperiksa secara fizikal dan tindakan selanjutnya. Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti dalangnya kerana kenderaan yang digunakan adalah kepunyaan Syarikat Pengangkutan Pertiwi di Tanjung Lembung.


Oleh:


PiK. Zalina bt Ali

Cawangan Penguatkuasaan Darat.






PRESTASI KUTIPAN HASIL JKDM LANGKAWI BAGI TAHUN 2009









MESYUARAT PAGI JKDM LANGKAWI BIL : 1 / 2010


Pengerusi : Tn. Mustafaal Bakeri b. Abd. Wahid

Tarikh : 3 Januari 2010

Masa : 9.00 pagi


Agenda mesyuarat / Perkara berbangkit:


1.Laporan Tahunan Kewangan JKDM Langkawi Kedah
2.Laporan Prestasi Perbelanjaan ABM JKDM Langkawi oleh Tn. Zulkipeli bin Awang Penguasa Kastam Cawangan Kewangan & Pengurusan
3.Setiap cawangan adakan ROCAL dan mesyuarat
4.Jadual Lawatan Malam (selepas waktu pejabat) untuk Pegawai Kanan.
5.TAKWIM dan jadual program KSA
6.Teguran / Audit dari Jabatan Keselamatan Negara.





MESYUARAT CAWANGAN PENGURUSAN & KEWANGAN BIL.1 / 2010



Pengerusi : Tn. Zulkipeli bin Awang

Tarikh : 7 Januari 2010

Masa : 11.00 pagi


Agenda mesyuarat / Perkara berbangkit:


1.MembincangkanSenaraiTugaspegawai-pegawaidiBahagianPengurusan & Kewangan
2.Mohonmendapatkan Surat Kebenaran Memandu (Authorised Driver) KenderaanJabatanuntuk PAP dan PRA
3.Perbincangan isu berbangkit di Bahagian Kewangan berkenaan kod 14000 (elaun lebih masa) , 28000 (penyelenggaraan /pembaikan) dan 29000 (makanan).
4. Isu-isu berkaitan Stor dan pelupusan




PERSEDIAAN SEMPENA MESYUARAT SECOND MEETING OF THE

ASEAN HARMONIZED TARIFF NOMENCLATURE TASK FORCE


Pengerusi : Tn. Zulkipeli b. Awang

Tarikh : 28 Januari 2010

Masa : 1100 pagi

Ahli : Tn.Yahaya b. Sulaiman (HQ), Pn. Fauziah bt. Ismail (HQ)

PiKT En. Ramli b. Din & PiKK Pn. Rukimah bt Ismail


Agenda mesyuarat .


1.Penetapan tarikh mesyuarat akan datang iaitu pada 22 - 26 Feb 2010 bertempat di Hotel Awana Porto Malai., Langkawi.
2.JKDM Langkawidilantiksebagai AJK Pengangkutan , Urusetiadan Cenderahati .





PERTANDINGAN BUBUR ASYURA ANJURAN PEMADAM LANGKAWI



Seramai 140 orang peserta (28 pasukan) terdiri daripada Sektor Awam /Swasta dan NGO menjayakan pertandingan Bubur Asyura Anjuran PEMADAM sempena Tahun Baru Hijrah di Kompleks Pekan Rabu, Langkawi. Pertandingan yang julung kali diadakan ini sangat menggalakkan dimana bukan saja penyertaan dari Jabatan Kerajaan, Swasta dan Perhotelan malah dari berbagai NGO seperti JKK Kampung, wakil dari Kaum Ibu Pulau Toba, wakil JKK Surau Mukim dan lain-lain lagi. Di samping dapat memenuhi jadual aktiviti pegawai, pertandingan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan awam, swasta dan orang ramai.


Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari dengan menyaksikan setiap pasukan bergotong-royong menyediakan ramuan dan mengacau bubur asyura secara bergilir-gilir hingga masak sebelum dihias untuk diadili oleh panel hakim pertandingan tersebut. JKDM Langkawi dengan kerjasama PERWAKAS Langkawi mengambil bahagian dan diwakili :



PiKK Rukimah bt. Ismail, PiKK Hamidah bt. Abu Bakar , Pn. Nor Surayya bt. Abd. Rahim, Pn. Zainab bt. Hamat, En. Ahmad b. Bustaman, En. Zamri b. Md. Noor, Serta Pn. Rahimah bt. Duseh (PERWAKAS)






SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUL RASUL ( KG. KASTAM KUAH )



Sambutan Maulidul Rasul Anjuran TADIKA, Kelas KAFA Kg. Kastam Kuah dengan kerjasama PERWAKAS dan AJK SURAU kg. Kastam Kuah. Seramai 100 orang terdiri waris dan anak-anak pelajar Tadika dan KAFA dengan diketuai oleh Tn. Norsaidi bin Nanyan berarak mengelilingi Kg. Kastam Kuah diiringi paluan kompang anak-anak kastam bermula jam 8.30 pagi.



Perarakan berakhir di surau Kg. Kastam Kuah dan semua peserta diihidangkan dengan jamuan ringan. Acara dteruskan dengan ceramah agama oleh ustaz dari MRSM Langkawi. Acara berakhir jam 12.00 tengahari selepasa makan tengahari yang disediakan oleh ahli PERWAKAS dengan kerjasama isteri-isteri warga TLDM Kg. Kastam Kuah.


Manakala pada 28 Feb 2010 bertempat Masjid Al-Hana Kariah Surau Kampung Kastam Kuah mengambil bahagian dalam perarakan anjuran kariah surau seluruh Daerah Kuah, Langkawi. Perarakan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Seramai 30 peserta terdiri warga JKDM Langkawi, PERWAKAS dan TLDM yang menduduki Kg. Kastam Kuah menyertai perarakan tersebut.




PELAJAR SELUDUP ROKOK


Dua pelajar yang merupakan dua beradik berumur 12 dan 13 tahun didapati gagal memgikrar barang yang dibawa didalam beg galas semasa melalui Pemeriksaan Kastam Jeti Kuah. Selepas pemeriksaan dilakukan terdapat 20 karton rokok pada setiap beg galas yang dibawa. Jumlah rokok sebanyak 40 karton bernilai RM 1,600.00. Rokok dirampas.




CANDU MENTAH DIRAMPAS


Hasil maklumat pasukan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi, pada 23 Disember 2009 yang di ketuai oleh PiKT Sunthereson telah berjaya merampas ketulan berwarna coklat yang dipercayai candu di kawasan hutan dekat Jeti Nelayan Tanjung Rhu . Berat kasar candu lebih kurang 45 gram dan dianggarkan bernilai RM 900.00.








PROGRAM SENAMROBIK



Senaman pagi buat pertama kali diadakan bagi tahun 2010 bertempat di Dataran Setia PMK dengan diketuai Pn. Hamidah bt. Abu Bakar dagi bulan Januari dan Pn. Rozita bt Abd. Kadir untuk bulan Februari. Seperti biasa, senamrobik yang dijadikan program jabatan dimana kehadiran wajib dan setiap cawangan menghantar 5 pegawai untuk aktiviti tersebut.





KULIAH BULANAN


Penceramah
: Ustaz Hafiz bin Mustapa

Yang DiPertua ABIM Kedah

Tarikh : 21 Januari 2010 dan 28.02.2010 jam 9.30 pagi

Tajuk : CARA-CARA BERWUDUK


Dihadiri seramai 60 pegawai dan kakitangan kerajaan sekitar Langkawi terdiri dari JKDM, MARITIM, JABATAN PERIKANAN, POLIS MARIN DAN LANGKAWI PORT.






SECOND MEETING OF THE ASEAN HARMONIZED TARIFF NIMENCLATUEW

(ATHN) TASK FORCE



Tempat : Hotel Awana Poto Malai

Tarikh : 22-26 Februari 2010


Penyertaan seramai 54 delagasi dari negara-negara Asean seperti Brunei, Kamboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.





MESYUARAT PENGURUSAN


Pengerusi : Tn. Zulkipeli b. Awang

Tarikh : 02 Februari 2010 jam 9.00 pagi


Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit:


1.Fail Meja Cawangan Pengurusan & Kewangan
2.Plan Tindakan Cawangan Pengurusan & Kewangan 2010
3.Mesyuarat Pagi diadakan setiap bulan selepas progran KSA.
4.Mesyuarat Kewangan diadakan setiap bulan.
5.Mesyuarat Aset diadakan setiap tiga bulan.
6.Mesyuarat Cawangan Pengurusan setiap bulan.
7.Perhimpunan Setia Stesen diadakan selepas Pehimpunan Setia Negeri.
8.Senaman Pagi setiap minggu pada hari Ahad atau Khamis.
9.Progran KSA dua minggu sekali dan Kuliah Agama (Tazkirah) dua minggu sekali.




MESYUARAT KEWANGAN & AKAUN BIL: 1 / 2010


Pengerusi : Tn. Mustafaal Bakeri b. Abd. Wahid.

Tarikh : 4 Feb 2010. Jam 9.00 pagi


Membincangkan Perkara-perkara Berbangkit:


1.Tn. Zulkipeli b. AwangmembentangkanLaporanPerbelanjaanbagitahunberakhir 31 Disember 2009:

1.1 Jumlah perbelanjaaan bagi tahun 2009 adalah
RM 6,040,949.79.
1.2 Prestasi cemerlang melibihi 95% yang mana dimana tempoh
tuntutan dapat dijelaskan .
1.3 Tiada bayaran AP 58.
1.4 Waran Peruntukan Awal tahun 2010 telah diterima sebanyak 3 juta.
1.5 Arahan dari Ketua Pengarah Kastam berkenaan Perbelanjaan
berhemah.
1.6 Kod 14000 dan 21000 arahan dari Ibu Pejabat supaya dapat menambah
pegawai bagi menjalankan tugas lebih masa dan tuntutan perjalanan.





CUBAAN MENYELUDUP ROKOK





Bagi kes kedua, Cawangan Import & Eksport Tg. Lembung sekali lagi berjaya menumpaskan cubaan menyeludup Rokok Putih pelbagai jenama sebanyak 10 kotak (400 slop) bernilai RM52,000.00 dan cukai berjumlah RM 37,472.00. Semasa pemeriksaan rutin dilakukan ke atas lori oleh PiKK (KUP) Md. Akhir bin Ahmad di Bahagian Pemeriksaan Kargo, pemandu lori mengikrarkan muatan yang dibawa adalah ikan bilis.


Selepas pemeriksaan dijalankan, pegawai kastam yang bertugas mendapati beberapa kotak rokok berada bersama-sama dengan kotak ikan bilis. Apabila dibuka, didapati rokok putih pelbagai jenama diisi di dalam kotak ikan bilis berkenaan. Kes dilaporkan kepada Bahagian Pencegahan Langkawi untuk diperiksa secara fizikal dan tindakan selanjutnya.



Disediakan oleh :


PiK Zalina bt. Ali

Bahagian Penguatkuasaan




0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.